C L O U D ;
"selamat datang ke blog saya:)"
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
Saturday 18 October 2014 • 11:17 • 0 comments
Assalamualaikum buat sahabat-sahabat seperjuangan...

aku rindu kat korang semua, teringin nak jumpa lagi, walaupun pertemuan yang sikat dan tidak diduga cukup untuk melapaskan rasa rindu, bila ingat balik time sekolah menengah dulu-dulu tak sangka aku dan korang yang "nakal- nakal" dulu selalu kena denda selalu buat benda yang entah apa-apa dipilih Allah dan diberi kesempatan untuk hidup dalam perjuangan.




Alhamdulillah Allah masih sayang dan beri kesempatan untuk hidup, tapi bukan hidup dalam keadaan yang dahulunya tidak tahu apa erti kehidupan yang sebenar, tapi hidup dengan sementara  baki nafas yang masih berkesempatan untuk dihirup dengan nikmat yang berlimpah ruah aku mula tahu tujuan hidup sebagai khalifah allah yang di taklifkan dengan taklifan yang terlalu banyak, kadangkala bila difikirkan dengan akal tidak mampu diri ini untuk menggalas taklifan yang banyak ini, tapi itulah tugas kita sebenarnya sebagai khalifah.




Kadang-kadang aku pernah terfikir Ya Allah aku tak mampu manggalas amanah ini terlalu barat. Tapi bila difikirkan kembali, kenapa sahabat-sahabat aku yang lain mampu buat sedangkan mereka sama sahaja seperti aku tidak ada kurang dan tidak ada yang lebih.

Ya Allah rindu dekat korang semua,,, dulu-dulu dekat sekolah menengah selalu buat benda main-main walaupun tengah study, selalu main dekat belakang selalu duduk barisan last kali "memang tak pernah duduk barisan depan pon " tapi tak sangka sahabat-sahabat aku dah hebat-hebat sekarang, beruntung aku dapat sahabat macak korang bella, akma, syida, hanan, syikin, zati dan lain-lain.

Bila kita dah bersedia nak serahkan diri untuk islam, ingat. Time 2 la macam-macam ujian datang, memang banyak ujian yang akan kita hadapi. Tapi , time 2 jugak la macam-macam benda yang kita tak mampu buat akan mampu kita buat sebab kita tau  Allah yang akan bantu dan segala-galanya kebergatungan kepada, klau fikir dengan akal memang kita tak mampu nak buat, tapi bila  kebergantunggan tinggi terhadap Allah, Allah pasti akan bantu.



Kadangkala bila kita diuji, mesti sedihkan time 2, kadang-kadang mesti kita tertanya 'mengapa aku diuji? kenapa aku sorang yang hadapi ujian ini" kenapa Allah tak uji orang lain?", dan kadangkala time 2 jgak la kita keseorangan, "mana sahabat-sahabat aku yang lain? kenapa deorang tinggalka aku" TAPI  pernah tak kita terfikir " adakah sahabat-sahabat aku juga diuji? adakah ujian yang  deorang hadapi lebih teruk dari ujian aku? mampukah sahabat-sahabat aku hadapi ujian? adakah ujian yang aku hadapi ini terlalu ringan?  adakah sahabat aku memerlukan aku ketika ini?"


Kadang-kadang kita rasa ujian kita terlalu besar sedangkan sahabat-sahabat kita yang lain lagi besar ujian yang deorang terpaksa hadapi sama ada mereka sembunyikan kerana tak nak sahabat-sahabat yang lain terpaksa menangung ujian yang dihadapi sedangkan mereka juga diuji. Hidup ini kadang-kadang hitam kadang-kadang putih. Bila sedih baru kita sedar betapa pentingnya sahabat-sahabat disekeliling kita, ketika kita diujilah baru kita tahu betapa berharganya sahabat-sahabat yang kadangkalanya bila kita senang kita tinggalkan,,



Terlalu manis hidup dalam perjuangan sebanarnya sahabat,,aku bersyukur kerana diberi kesempatan hidup dalam medan perjuangan ,tidak ada istilah penat walaupun setiap hari dibebani dengan taklifan, Tidak pelik jika seharian berlari kesana kemari dengan kerja-kerja yang ada sehingga lewat malam dan hanya berehat ketika tidur malam yang hanya berbaki beberapa jam sahaja. Tetapi sangat pelik jika sahari itu tidak mempunyai tugas dan terlalu lapang sehngga merasakan bosan sampai ada sahabat-sahabat lain yang tanya atau diri sendiri yang bertanya "malam ni xde apa-apa ke bosan la?? hari ni ada meeting tak?? ada keje apa-apa yang kena buat tak hari ni? kadang-kadang sampai roommate yang pelik bila tengok aku duk bilik sampai tanya " tak kaluar mana-mana ke ari ni? tak ada program ke ari ny? malam ni tak kaluar ke? hrmmmm!! sampai roommate pon pelik bila aku duk bilik. Dan bila keluar pagi mesti roommate akan tanya "malam ni balik lewat ea??" atau  " malam ni xde program ke?" sampai roommate pon dah tau rutin seharian.

okey la sampai sini dulu,, sebelum tu teringat kata-kata dari seorang sahabat dia cakap
 "pernah tak kita terfikir kadang-kadang, kenapa Allah pilih kita hidup dalam perjuangan ini kenapa tak pilih orang yang lebih baik dari kita sedangkan kita ni dah la jahat, nakal, amalan dah la sikit tak sepatutnya hidup dalam perjuangan, tapi sebenarnya Allah sayangkan kita dia nak suruh kita berubah dia tak nak kita terus hidup dalam keadaan jahil"

"sesungguhnya beruntung la kita hidup dalam perjuangan ini, kerana kita satu keluarga"




PAST
TUAN TANAH;
Name : Izzatul Husna bt Azmi
Known as : chik una
Age : 20 years young
Stay at : Taiping, Perak
Country : Malaysia
Study at : Universiti Malaya
Favourite Colours : White and Soft Pink
Language : Malay , English , Arabic *insyaAllah*
Hobby : blogging, online-ing, surfing the internet
Favourite Quotes : Belajarlah memaafkan walau diri terluka . Berhentilah memberi alasan walau diri ingin menyatakan kebenaran (:

Jum Sembang dengan Saya




TAUTAN KITA;

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..
"


KISAH DULU-DULU;



SAHABAT SELAMANYA



aku dan nisa
kenangan bersama


jumpa saya di fesbuk





my friend




aclassmate



selamat membaca