C L O U D ;
"selamat datang ke blog saya:)"
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
mEnYeSaL BeRkAhWiN BiLa...............
Friday 8 February 2013 • 06:33 • 0 comments

"Menyesal aku kahwin awal," luahan insan yang berkahwin awal.
"Lebih seronok rupanya hidup bujang sendiri," luahan insan yang telah puluhan ribu dihabiskan untuk majlis perkahwinan.
"Jadi andartu pun takpe, hati tak sakit," luahan insan yang berkahwin di usia lewat.
"Kalau aku tau, aku takkan pilih suami orang," luahan isteri kedua, ketiga.
"Sepatutnya aku kahwin dengan orang yang lebih matang," luahan mereka yang kahwin dengan pasangan sebaya atau lebih muda.
"Sepatutnya aku kahwin dengan yang sebaya, yang lebih memahami," luahan yang punya pasangan jauh berbeza jarak usia.
"Betul cakap mak aku dulu, inilah akibat tak dapat restu mak ayah," luahan insan yang perkahwinan ditentang ibu bapa.
"Aku terburu-buru buat keputusan nak kahwin," padahal telah bercinta empat tahun.
Pada yang berhasrat atau telah bernikah, ini adalah peringatan penting:
Ujian, konflik, goncangan, dugaan, pergaduhan, berkelahi, merajuk, tersinggung, terguris, marah, sedih, kecewa, sakit hati, bosan, menyampah, serabut, darah menyirap...
Rasa nak hantuk kepala ke dinding, rasa nak kelar tangan sendiri, rasa nak baling pinggan ke dinding, rasa nak bunuh diri...
Salah satu atau semua ini adalah hampir pasti kalian akan lalui dalam pernikahan yang kalian dambakan..!


Tak kisah lah dengan siapa atau macam mana situasi nya - konflik, konflik dan konflik. Gaduh, gaduh dan gaduh - di dalam alam perkahwinan. Bezanya - konflik banyak atau konflik sedikit. Bergaduh sekejap atau bergaduh lama.
Kahwin awal. Kahwin Lewat. Mak ayah restu. Peminat restu. Mak ayah tak restu. Mertua tak restu. Majlis kahwin 'grand'. Majlis kahwin 'simple'. Kahwin suami orang. Kahwin orang bujang. Kahwin orang dekat. Kahwin orang jauh.
Kahwin dengan artis. Kahwin dengan ustaz ustazah. Kahwin dengan kaki bola. Kahwin dengan kaki masjid. Kahwin dengan jutawan. Kahwin dengan drebar teksi. Kahwin tukang cuci. Kahwin dengan usahawan kelapa bali.


Kahwin di Malaysia. Kahwin kat oversea. Kahwin di sempadan. Nikah di masjid. Nikah di rumah. Nikah di bawah pokok. Kahwin sebaya. Kahwin lebih muda. Kahwin lebih berusia. Kenal lama. Kenal sekejap. Bercinta lama. Bercinta sekejap. Mak ayah pilihkan. Sendiri pilih......
Dulu waktu bersemangat nikah, hanya fikir nak selesaikan masalah rindu sayang. Masalah tidak mahu terlibat zina besar dan zina kecil. Masalah kesepian dan kebosanan. Tak tahan pertanyaan dan sindiran orang sekeliling.Bila dh kahwin mnyesal plak......ish3

Jika tidak matang dan tidak menyedari pentingnya ilmu tentang alam perkahwinan, perkahwinan kita mudah rapuh begitu saja,,,



jadi Hadapilah dengan bijak dan berlapis kesabaran dalam mendapatkan sokongan ibu ayah. Belajar menenangkan diri dan bersungguh mencari strategi untuk mnyelasaikan masalah dalam cabaran hidup berumah tangga,,cari lah ilmu yang mncukupi sebalum menjejak ke alam prkahwinan supaya kekal hingga ke hujung nyawa... 

renung-renungkan lah!!!!!

(.^_______________^.)


PASTFUTURE
TUAN TANAH;
Name : Izzatul Husna bt Azmi
Known as : chik una
Age : 20 years young
Stay at : Taiping, Perak
Country : Malaysia
Study at : Universiti Malaya
Favourite Colours : White and Soft Pink
Language : Malay , English , Arabic *insyaAllah*
Hobby : blogging, online-ing, surfing the internet
Favourite Quotes : Belajarlah memaafkan walau diri terluka . Berhentilah memberi alasan walau diri ingin menyatakan kebenaran (:

Jum Sembang dengan Saya




TAUTAN KITA;

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..
"


KISAH DULU-DULU;



SAHABAT SELAMANYA



aku dan nisa
kenangan bersama


jumpa saya di fesbuk





my friend




aclassmate



selamat membaca