C L O U D ;
"selamat datang ke blog saya:)"
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
tAk NaK jAdI dEwAsA
Thursday 14 February 2013 • 02:39 • 0 comments
assalamualaikum,,hari ney nk share ngn korang satu artikel yg bru aku bace tdy tajuk dye "tak nak jadi dewasa".......
Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa..

Boleh pakai kasut tumit tinggi..
Boleh melaram, make-up muka..

Boleh cepat kerja, sebab orang selalu tanya apa cita-cita..

Boleh pegi mana-mana saya suka..
Boleh bercinta..
Boleh balik rumah lewat malam..
Banyak bendalah boleh buat kalau dah besar ni.


Lama-lama, baru saya perasan..

Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo..
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul..
Saya dah lama dapat kunci 21..
Saya dah boleh mengundi..
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.



Saya ingatkan seronok jadi dewasa ni..

Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya..
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti..
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi oversea..
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi..
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamuk" tapi baru-baru ni saya submit essay pasalForensic Evidence in Courts of Law..
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat tugasan dan macam-macam lagi.



Rupa-rupannya..

Jadi dewasa ni..
Kena matang..
Kena professional..
Banyak tanggungjawab..
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu..
Banyak essay nak kene tulis..
Banyak pakai duit..
Tak boleh emosional tak bertempat..
Kena cari makan sendiri..
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan..
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita..
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina..



And banyak lagi la kena, kena, kena, kena, kena dan kena.
Namun itulah sunnatullah

Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." [Surah Al-Baqarah; 286]






PASTFUTURE
TUAN TANAH;
Name : Izzatul Husna bt Azmi
Known as : chik una
Age : 20 years young
Stay at : Taiping, Perak
Country : Malaysia
Study at : Universiti Malaya
Favourite Colours : White and Soft Pink
Language : Malay , English , Arabic *insyaAllah*
Hobby : blogging, online-ing, surfing the internet
Favourite Quotes : Belajarlah memaafkan walau diri terluka . Berhentilah memberi alasan walau diri ingin menyatakan kebenaran (:

Jum Sembang dengan Saya




TAUTAN KITA;

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..
"


KISAH DULU-DULU;



SAHABAT SELAMANYA



aku dan nisa
kenangan bersama


jumpa saya di fesbuk





my friend




aclassmate



selamat membaca