C L O U D ;
"selamat datang ke blog saya:)"
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
yAnG BeRtUdUnG bUkAn mEnJaDi PiLiHaN,yAnG MeNuTuP aUrAt jAdI iDaMaN
Saturday 9 February 2013 • 05:45 • 0 comments

Bismillahirahmanirahim
" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."

Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
cuba korang lihat di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini?? Berapa ramai wanita yang bertudung?? mesti korang semua boleh bilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.
"seksa mata teman memandang nye" 

sebab itu lah lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.
" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah x korang beli makanan kt kedai kuih? Mana satu yang korang nak??, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh sebab keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.betol x??


macam tu lah juga dengan orang-orang mukmin. deorang memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua:
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."

[Riwayat Abu Daud dan Nasai]


Cuba kita fikirkan sejenak..

Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah tettu dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairanlah sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.


" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."
Maka, sebagai wanita..

Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.

Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.

Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..

Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.



jadi renung-renungkan lah

(.^_______________^.)



PASTFUTURE
TUAN TANAH;
Name : Izzatul Husna bt Azmi
Known as : chik una
Age : 20 years young
Stay at : Taiping, Perak
Country : Malaysia
Study at : Universiti Malaya
Favourite Colours : White and Soft Pink
Language : Malay , English , Arabic *insyaAllah*
Hobby : blogging, online-ing, surfing the internet
Favourite Quotes : Belajarlah memaafkan walau diri terluka . Berhentilah memberi alasan walau diri ingin menyatakan kebenaran (:

Jum Sembang dengan Saya




TAUTAN KITA;

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..
"


KISAH DULU-DULU;



SAHABAT SELAMANYA



aku dan nisa
kenangan bersama


jumpa saya di fesbuk





my friend




aclassmate



selamat membaca